CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 26, 2010

LATAR BELAKANG GALA PRS UNITEN (G~10)

Gala PRS Uniten (G-10) adalah sebuah program berbentuk majlis makan malam. Program ini adalah satu kesinambungan dari program Malam Penghargaan Exco, Malam Sekalung Budi,ANiME dan Ambang 10 Tahun yang penah diadakan pada sesi-sesi lepas. Program ini merupakan salah satu program tahunan Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya. Apa yang menariknya, program Gala PRS Uniten (G-10) ini lebih istimewa memandangkan PRS akan meyambut ulangtahun yang ke-10. Pada 6 Oktober 2010 genap 10 tahun penubuhan Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Tujuan program ini diadakan adalah untuk menghargai mantan-mantan sesi lepas yang telah banyak mengharungi suka duka kehidupan dalam memberikan khidmat dan komitmen yang mantap demi pelancaran program-program PRS dan juga demi pembangunan PRS.

Selain itu, menerusi program ini exco-exco dan ahli-ahli baru turut diberi peluang untuk beramah mesra dan mengenali mantan-mantan lepas dengan lebih rapat dan juga diharap melalui program ini, peserta-peserta dapat mengambil peluang untuk menimba pengalaman daripada mereka.

Program Gala PRS Uniten (G-10) ini adalah dibawah kendalian Exco Kaunseling Dan Kerjaya Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya UNITEN sesi 2009/2010.

No comments:

Post a Comment